TM PERTINGKAT PENAWARAN KANDUNGANNYA DENGAN NETFLIX

Pelanggan TM bakal menikmati pelbagai program TV terbitan Netflix yang pernah memenangi anugerah termasuklah filem, dokumentari dan banyak lagi

TM logo-PMS

Telekom Malaysia Berhad (TM), Peneraju Konvergens Negara dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Berintegrasi No. 1 di Malaysia akan menawarkan kepada pelanggan-pelanggannya akses mudah ke Netflix, bermula Oktober 2017 ini.

Netflix merupakan rangkaian televisyen Internet terkemuka di dunia yang menawarkan pelbagai pilihan program TV terbitan mereka sendiri termasuklah filem, dokumentari dan banyak lagi.

netflix logo

Pelanggan-pelanggan TM yang melanggan kepada perkhidmatan ini akan menjadi ahli Netflix dan mereka boleh menikmati tontonan tanpa had bagi kandungan-kandungannya termasuklah siri-siri yang pernah memenangi anugerah seperti House of Cards, The Crown dan Stranger Things. Selain himpunan pelbagai kandungan program dan ratusan siri TV terbitannya, filem, dokumentari dan banyak lagi di Netflix, pasti akan ada sesuatu yang baharu untuk diterokai pada perkhidmatan ini.

Mengulas mengenai kolaborasi ini, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata, “Kolaborasi terbaharu bersama Netflix ini menjadi bukti kepada komitmen berterusan kami untuk menjadi peneraju penghimpun kandungan (content aggregator champion) di Malaysia di mana rakyat Malaysia akan dapat mengakses kandungan-kandungan yang pernah memenangi anugerah di Netflix ini dengan lebih mudah mengikut keselesaan mereka.

Selain itu, dengan akses internet berkelajuan tinggi yang dikuasakan oleh UniFi bersama-sama dengan data mudah alih tanpa had menerusi penyedia perkhidmatan mobiliti TM iaitu webe, pelanggan kami akan dapat memenuhi kehendak mereka untuk menonton filem-filem atau program-program kegemaran daripada Netflix pada pelbagai peranti mengikut keselesaan mereka – ketika di rumah, di luar rumah, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Ini adalah selari dengan aspirasi konvergens TM dan visi kami “Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah, demi Kesejahteraan Negara.”

Menurut Tony Zameczkowski, Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan, Netflix Asia, “Netflix ada sesuatu untuk anda semua, dari siri-siri original terkenal di Netflix sehingga kepada siri anime, kandungan untuk kanak-kanak sehinggalah ke drama Bollywood.

“Menerusi kolaborasi bersama TM, kami kini telah berjaya mendekati lebih ramai rakyat Malaysia yang ingin menonton program-program kegemaran mereka di Netflix pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, pada skrin besar, pada peranti mudah alih atau sebarang peranti yang mempunyai sambungan internet mengikut pilihan mereka.”

Maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini akan diumumkan kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.

 

banner TM