Seorang graduan muda di Sabah memperolehi RM300,000 hanya dalam satu tahun dengan mengubah hobi menjadi kerjaya

1 - arnab-farm-675x400

Apa yang bermula sebagai hobi telah menjadi produk pelancongan yang popular sekarang. Semuanya tertumpu pada seorang usahawan muda dari Sabah ini, berikutan kejayaan perniagaan kecilnya baru-baru ini.

Jubair Juhinin merupakan pemilik dan pengurus kepada tarikan terbaru di Ranau ini  ekoran ‘Kampung Arnab’ miliknya. Ia terletak di Kampung Purakagis, Ranau, iaitu kira-kira 104 km dari Kota Kinabalu. Ladang arnab ini telah muncul sebagai destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi di daerah ini.

2 - kgmgmgfh5t5h-1200x653
Kredit: Instagram| jubair_juhinin

Jubair yang berusia 27 tahun telah bertindak mengubah industri pelancongan luar bandar di Sabah sebagai penduduk tempatan.

Pelancong antarabangsa telah berduyun-duyun ke tempat ini sejak ia beroperasi sepenuhnya pada tahun 2016. Di ladang arnab ini, mereka dapat melihat dan berinteraksi dengan arnab di habitat semula jadi mereka.

3
Kredit: Facebook| Arnab Village Ranau

Kisah Jubair tentunya memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang ingin mengubah hobi mereka menjadi kerjaya.

Walaupun hanya mempunyai RM5,000 sewaktu memulakan perniagaan, beliau berjaya memperolehi RM300,000 hanya dalam masa setahun!

4
Kredit: Facebook| Arnab Village Ranau

Semuanya bermula pada tahun 2013 apabila Jubair membesarkan sepasang arnab di rumah keluarganya di kampung. Pencinta haiwan ini dilihatnya mengembangkan keluarga ‘berbulu’nya itu atas galakan dan dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Beliau akhirnya memutuskan untuk mengembangkan hobinya menjadi sebuah perniagaan.

Lulusan Ijazah Sains Akuakultur dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini memutuskan untuk mengambil risiko dan menjadikan sebagai satu daya tarikan -bermula dengan kemudahan asas dan landskap alam sekitar menggunakan modal kecilnya.

Bagaimanapun, beliau tetap optimis dalam membangunkan ladang itu di tanah seluas 0.2 hektar, dan usahanya tidak sia-sia kerana beliau berjaya mengubah hobinya menjadi perniagaan yang sangat memberangsangkan.

Dilaporkan bahawa Kampung Arnab ini telah menjana pendapatan sebanyak RM300,000 melalui jualan tiket pada tahun lalu.

Jubair terus berusaha keras untuk memajukan Kampung Arnab sejak dibuka kepada orang ramai pada bulan Ogos 2016

5
Kredit: Instagram| jubair_juhinin

Sebagai salah satu daripada 10 usahawan tempatan yang memenangi pertandingan PitchBorneo November lalu, Jubair pulang ke rumah dengan RM20,000, yang digunakan untuk membuat penambahbaikan di Kampung Arnab, termasuklah menaik taraf kemudahan asas untuk pengunjung pada masa depan.

Beliau berkata, lebih banyak kemudahan akan dinaik taraf secara beransur-ansur untuk memastikan pengunjung dapat menikmati perjalanan mereka di sini dengan lebih selesa.

“Kerja naik taraf ini melibatkan kemudahan awam seperti tandas, pengembangan taman, kandang arnab dan bangunan kedai cenderamata. Sementara itu, bagi pembangunan fasa ketiga pula, kami akan menumpukan pada bangunan restoran dan kedai aksesori.”

“Di samping itu, kami akan membina gerai-gerai di sekitar kampung untuk disewakan kepada peniaga bagi membolehkan mereka menjual barangan kraf, makanan atau produk berkaitan supaya mereka dapat menjana pendapatan,” katanya dipetik Bernama.

Jauh daripada hiruk-pikuk kehidupan bandar, pelawat muda dan tua pasti akan menikmati waktu bersama arnab comel ini.

6
Kredit: Instagram| bungaayrasofea

Jubair memberitahu Bernama bahawa terdapat lapan spesies arnab yang dibela di ladang ini iaitu New Zealand White, Rex Standard, Mini Satin, Lion Head, Netherland Dwarf, Lop Ear, Anggora, dan spesies tempatan.

Pengunjung digalakkan untuk meneroka ladang dan berinteraksi dengan 400 haiwan berbulu ini, yang dibenarkan berkeliaran secara bebas di kawasan berpagar.

Mereka yang ingin merakam video dan mengambil gambar dengan arnab yang jinak juga boleh melakukannya di sini.

Jubair juga memberitahu pemberita bahawa beliau berhasrat untuk terus mengembangkan ladangnya dengan kira-kira 1,000 ekor arnab pada awal tahun depan.

7
Kredit: Facebook| Arnab Village Ranau

Bagi mereka yang berminat untuk membuat lawatan, tiketnya hanya RM5!

Berikut adalah senarai harga tiket di Kampung Arnab:

  • Kanak-kanak (pelawat Malaysia): RM3
  • Dewasa (pelawat Malaysia): RM5
  • Kanak-kanak (Pelawat Antarabangsa): RM5
  • Dewasa (Pelawat Antarabangsa): RM10

Kampung Arnab dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Sumber: Era Baru