Peluang Jana Pendapatan Sambilan melalui eRezeki

Berkenaan eRezeki

Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

eRezeki

Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan.

Pusat eRezeki juga telah ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara, bagi membolehkan rakyat yang mempunyai akses terhad kepada infrastruktur ICT yang baik untuk mengambil bahagian di dalam program ini. Pusat eRezeki akan menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini.

Siapakah yang berkelayakan?

Rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 ke bawah, termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas.

Jenis Pekerjaan

Kategori-kategori tugasan boleh didapati melalui program eRezeki merangkumi Tugasan Digital Mikro, Kerja Digital dan Kerja Bukan Digital.

Dapatkan jenis-jenis pekerja di sini: http://notaeditor.sharethisstory.net/my-1229236-11098?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=