About

TENTANG SUKSES NEWS

Kami adalah sebuah media dalam talian yang menyiarkan berita berkaitan pencapaian kejayaan individu dan organisasi dalam pelbagai bidang.

Selain berperanan sebagai saluran berita untuk usahawan menyalurkan maklumat, SUKSES News turut menjadi platform penyiaran siaran media yang disediakan oleh mana-mana pihak sama ada swasta mahupun kerajaan.

Sebelum ini, SUKSES News berasal dari ruangan berita majalah SUKSES edisi cetakan (printed). Memandangkan berita-berita yang diperolehi sebelum ini tidak dapat disiarkan sepenuhnya di dalam majalah SUKSES disebabkan ruang berita yang terhad, sekaligus memberi idea menerbitkan berita secara dalam talian tanpa batasan.

Transformasi edisi cetak ke media dalam talian ini selaras dengan perubahan gaya hidup masyarakat hari ini yang memperolehi berita melalui telefon pintar (smartphone) berbanding sebelum ini memperolehinya dengan menonton televisyen atau membeli akhbar dan majalah di kedai.

Melalui saluran berita maya, apa sahaja berita ataupun kenyataan media yang dihantar ke emel editor, akan disiarkan secara percuma!.

Sungguhpun SUKSES News diberi nafas baru, namun pasukan editorial dikendalikan oleh editor, wartawan, serta beberapa penulis yang pernah bersama majalah SUKSES sebelum ini. Ini menunjukkan pasukan kami mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang media.

 

Advertisements